Makanan Dalam Pantang- Selepas melahirkan bayi, ibu-ibu perlu betul-betul menjaga pemakanan sewaktu dalam pantang. Tempoh berpantang ini adalah masa pemulihan untuk ibu selepas melahirkan bayi. Selain daripada melakukan pelbagai rawatan tradisional seperti bertungku, barut,pilis, ibu juga mesti menjaga pengambilan makanan sepanjang dalam pantang.







Amalan pemakanan dalam pantang memainkan peranan untuk kembalikan semula kesihatan badan, mengembalikan tenaga, mempercepatkan penyembuhan luka lepas bersalin dan memberikan kesegaran kepada ibu itu sendiri.  Proses penyembuhan selepas melahirkan anak memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Jika anda jenis yang tidak sabar dan tidak mampu menahan selera makan makanan orang berpantang, maka sukarlah untuk mendapat kecergasan dan kelangsingan tubuh badan kembali.Jangan pandang enteng tentang pengambilan makanan dalam pantang!




Faktor Pemilihan Makanan Dalam Pantang


1. Jenis makanan





Pada minggu pertama selepas bersalin, ibu digalakkan mengambil makanan kering bagi pengecutan rahim. Sebagai contoh, nasi panas dan ikan goreng lada hitam. Nasi harus dimakan dalam keadaan panas dalam kadar yang sederhana. Makan pada waktu yang tepat untuk elakkan perut anda dimasuki angin. 



Pada minggu kedua dan seterusnya, ibu boleh makan makanan berkuah seperti sup sayur, sup ikan dan buah-buahan supaya badan dapat zat yang diperlukan tubuh. 


 2. Elak makanan berlemak





Semasa berpantang, ibu tidak boleh mengambil makanan yang berlemak dan berminyak. Jika anda seorang yang  prihatin terhadap pengurangan berat badan, kawal makanan yang dimakan. Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang dimasak menggunakan kaedah kukus dan rebus.

 3. Pengambilan air





Pantang orang tua-tua memang melarang ibu berpantang mengambil minum air dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Ia dipercayai boleh menjadikan perut buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim dan faraj longgar. Namun, fakta ini salah sebenarnya!

Air mesti diminum dengan kerap dalam jumlah yang cukup kerana ia penting untuk pengeluaran susu ibu dan proses penyembuhan.


4. Menu masakan mengandungi halia




Dalam menu masakan berpantang, biasanya halia ialah herba wajib yang mesti ada. Sifatnya dipercayai ‘panas’ dan ‘kering’. Ibu digalakkan mengambil halia dengan banyak  semasa berpantang untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.

Namun, ibu perlu mengelakkan makan halia buat sementara waktu sekiranya bayi masih lagi dijangkiti jaundis kerana bimbang bacaan darahnya tidak turun akibat kandungan halia yang tinggi dalam susu ibu.


 5. Makanan penambah susu ibu




Ibu boleh amalkan makanan untuk menambah susu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar seperti cekur manis, lobak, peria dan pegaga. Sekiranya diambil secara kerap, ia juga membantu membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.



6. Makanan Kaya Antioksida




Semasa dalam pantang ibu juga perlu membuang toksin dalam badan supaya kembali segar di samping untuk membantu proses penyembuhan luka.  Antara ulam yang sesuai dimakan ialah pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daun kesum dan halia. Ulam-ulaman ini bersifat anti oksida dengan mengandungi fiber, zat galian dan pelbagai vitamin antaranya A,C dan E.


7. Banyakkan makan ikan segar




 

Pemilihan ikan segar juga penting kerana ada ikan yang tidak sesuai untuk ibu makan semasa berpantang.



Ikan segar dan tidak gatal yang sesuai untuk ibu berpantang ialah ikan haruan, sardin  dan selar. Ikan haruan amat digalakkan buat anda bersalin pembedahan (caesarean).

Elakkan pengambilan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk. Jika salah pengambilannya kebarangkalian akan  mengalami reaksi alahan dan boleh menyebabkan bentan di pintu rahim.


8. Makanan percepat penyembuhan luka bersalin






Untuk memastikan luka kembali sembuh, buah oren  mempunyai khasiat penyembuhan luka-luka. Buah oren mempunyai banyak vitamin C untuk mengembalikan kesihatan badan anda.


9. Elak makan makanan sejuk dan tajam






Elak makanan yang menjalar, angin dan sejuk antara kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung. Minuman seperti tebu, cincau, jambu, nanas, pisang, cempedak antara minuman jenis sejuk dan tajam. Larangan makanan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi.

 10. Makan makanan yang membantu kecutkan rahim




Amalan makan kunyit bersama nasi panas selama 40 hari, mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Malah kunyit juga dijadikan minuman untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Namun, ibu perlu mengelakkan makan kunyit buat sementara waktu sekiranya bayi masih lagi dijangkiti jaundis kerana bimbang bacaan darahnya tidak turun akibat kandungan kunyit yang tinggi dalam susu ibu.



Menu Makanan Dalam Pantang Yang Menarik!

Siapa kata ibu dalam pantang hanya tengok saja orang makan itu dan ini! Sebenarnya, jika kita ada ilmu, kita boleh menghasilkan menu makanan berpantang yang sedap-sedap dan enjoy the moment sepanjang proses dalam berpantang. Jom kita tengok pelbagai resepi yang menyelerakan khas buat ibu-ibu dalam pantang.

Saya sendiri sangat enjoy my confinement journey dengan masakan-masakan dalam pantang yang sedap-sedap. Semua makanan dalam pantang yang dikongsikan di sini, mengambil kira 10 faktor pemilihan makanan dalam pantang yang dibincangkan di atas tau!

1.  Ikan Panggang

 makanan dalam pantang


  1. - Basuh bersih dan kelar ikan kembung/selar/merah/tenggiri
  2. - Lumurkan garam, kunyit dan lada hitam pada badan ikan (kalau anak jaundis, lumurkan garam dan lada hitam sahaja)
  3. - Bakar atau panggang menggunakan pemanggang ajaib
  4. - Jika mahukan ikan bakar beraroma, balutkan ikan dengan daun pisang ketika proses memanggang.
  5. - Siap dan boleh makan bersama nasi panas yang ditabur lada hitam tumbuk.

2. Singgang Ikan


 makanan dalam pantang


  1. - Satukan kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air
  2. - Didihkan. Bagi didih lama supaya air-air perencah turun.
  3. - Bila sudah didih dalam tempoh yang agak lama, masukkan ikan tenggiri/ selar/kembung.
  4. - Perasakan dengan garam
  5. - Angkat apabila ikan sudah masak
**Biasa kami menggunakan ikan tongkol untuk memasak singgang ikan. Tetapi untuk ibu berpantang, ikan tongkol ini dikatakan gatal. Jadi gunakan sahaja ikan selar/kembung atau tenggiri.



3. Sup Lobak Putih



  1. - Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga layu
  2. - Masukkan ikan bilis dan tumis seketika. Masukkan air dan didihkan sehingga layu
  3. - Bila sup mendidih, masukkan lobak putih dan sedikit lada hitam. Perasakan dengan garam
**Nak nampak cantik, boleh hiriskan lobak merah halus-halus
**Lobak putih bagus sangat untuk banyakkan susu badan. So menu ini memang menjadi kewajipan ketika berpantang


4. Sup Ikan Merah

resepi mudah ibu berpantang.jpg
  1. - Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang merah, bawang putih, halia bersama kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi
  2. - Kemudian masukkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan kentang.
  3. - Agak-agak kentang dah empuk, masukkan ikan. Kemudian masukkan lada hitam dan sedikit garam.
  4. - Taburkan daun sup bila hidangkan kepada mak berpantang.

5. Tenggiri Goreng Halia


  1. - Bersihkan ikan tenggiri dan lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.
  2. - Goreng dengan sedikit minyak
  3. - Baki minyak digunakan untuk menumis halia, bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga naik bau
  4. - Masukkan sedikit air dan kemudiannya masukkan ikan yang sudah digoreng tadi.

6. Ayam Bakar Lada Hitam


resepi mudah ibu berpantang.jpg
  1. - Basuh ayam sehingga bersih
  2. - Kisar bawang besar, bawang putih, dan halia
  3. - Bahan kisar bancuh bersama sos cili, kicap pekat, serbuk lada hitam, madu, sedikit garam dan gula
  4. - Perap ayam dengan bahan yang telah disatukan
  5. - Bakar/panggang menggunakan pemanggang ajaib
**Boleh dimakan bersama bersama sup sayur


7. Sup Daging Bersama Kentang Dan Carrot



  1. - Potong daging dan bersihkan
  2. - Tumis bawang besar, bawang putih, halia bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau
  3. - Masukkan air, daging dan kentang. Didihkan sehingga daging dan kentang empuk
  4. - Masukkan hirisan lobak merah

8. Kerabu Pegaga

resepi mudah ibu berpantang.jpg
  1. - Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat
  2. - Gorengkan tanpa minyak sehingga bahan kering
  3. - Gaulkan dengan pegaga yang telah dibersihkan
  4. - Makan dengan nasi panas dan ikan bakar memang ummp!!

9. Tenggiri Berserai



  1. - Bersihkan ikan tenggiri. Lumurkan garam dan kunyit pada ikan. Kemudian bakar menggunakan pemanggang ajaib.
  2. - Dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan serai yang telah diketuk.
  3. - Masukkan sedikit air asam jawa dan biarkan mendidih seketika.
  4. - Kemudian masukkan ikan yang telah dibakar tadi.
  5. - Boleh juga masukkan lada hitam yang telah ditumbuk lumat

10. Ikan Merah Stim Halia Dengan Bawang Putih


resepi mudah ibu berpantang.jpg
  1. - Bersihkan ikan merah. Lumur ikan dengan garam.
  2. - Hiris bawang besar, bawang putih, halia, serai, daun limau purut, lobak merah dan batang saderi
  3. - Letakkan ikan dan semua bahan hirisan di dalam satu bekas. Kukus sehingga ikan masak.


Set Berpantang Terbaik Untuk Berpantang


Anda masih tercari-cari set berpantang terbaik? Jom dapatkan set berpantang Shaklee untuk untuk mengembalikan kesihatan badan, mempercepatkan penyembuhan luka dan merawat emosi dengan  lebih baik dan pantas.

Salah satu vitamin yang terkandung dalam set berpantang Shaklee ini adalah B-Complex dan Energizing Soy Protein (ESP) yang membantu mengurangkan stress dan tekanan yang dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin.




Ibu ini serik ingin beranak lagi kerana serik semasa BERPANTANG! Namun persepsinya berubah selepas menggunakan Set Berpantang Shaklee. Jom dengar perkongsian pengalamannya.





DAPATKAN HARI INI SET BERPANTANG YANG AWESOME INI!


    Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.


ATAU

HUBUNGI KAMI





                                            Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.


Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628




0 comments:

Post a Comment

Like For More Info!