Cara Merawat Allergik- Allergik pada cuaca sejuk paling banyak dihidapi oleh masyarakat kita, kerana suhu yang ekstrim terutamanya musim hujan yang sejuk, menyebabkan kulit tidak dapat menyimbangkan keadaannya dan akhirnya terjadilah reaksi allergik. Ini menyebabkan kulit menjadi ruam merah dan rasa gatal yang tidak tertahan-tahan.

 cara merawat allergik


Rasa kegatalan menyebabkan mudah untuk menggaru, tetapi menimbulkan rasa pedih dan menyeksakan pula. Pelepasan histamin pada tubuh menjadi penyebab allergik pada sejuk, semakin digaru, bintik-bintik merah akan menyebar pula ke seluruh tubuh. Keadaan ini sangat mengerikan untuk penghidap allergik. Jom baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui Cara Merawat Allergik secara semulajadi.

Punca Terjadinya Allergik Pada Cuaca Sejuk


1. Musim Hujan


Seseorang yang memiliki kulit yang sensitif akan sangat peka terhadap perubahan suhu. Tidak hairanlah apabila musim hujan, si pemilik kulit yang sensitif akan mudah mendapat allergik dan bintat-bintat merah. Lagi-lagi apabila musim hujan, banyak bakteria yang berkembang biak, kulit juga tidak lepas menjadi sasaran bakteria untuk bersarang dan menyebabkan reaksi allergik yang lebih parah.


2. Udara Yang Lembap.

Bakteria dan virus suka dengan suhu yang lembap dan dingin. Keadaan ini menyebabkan mereka lebih kuat dan menyebabkan reaksi allergik pada orang yang tidak pandai mengurus diri dan kulitnya sangat sensitif.


3. Daya Tahan Tubuh Yang Rendah

Allergik biasanya terjadi bilamana tubuh melepaskan histamin yang berfungsi sebagai pelindung untuk mengatasi kapasiti cuaca yang sejuk dan lembap. Histamin yang dikeluarkan terlalu banyak, menyebabkan munculnya tompokan merah di kulit.



4. Mengambil Minuman dan Makanan Sejuk Yang Menyebabkan Allergik

Allergik boleh juga disebabkan oleh salah makan atau minum. Allergik disebabkan minuman dan makanan sejuk yang salah jauh lebih berbahaya kerana selain mengeluarkan histamin berlebihan, kerongkong dan mulut akan membengkak sehingga sesak nafas.



Cara Merawat Allergik Pada Cuaca Sejuk

1. Ambil Ubat

Salah satu cara yang paling cepat untuk merawat allergik adalah dengan mengambil ubat allergik. Ubat yang paling dianjurkan ialah antihistamin yang mana ubat ini mampu mengawal pelepasan histamin dalam tubuh dan mengurangkan merah-merah dan kegatalan.


2. Jauh Makanan Sejuk

Jauhi makanan sejuk seperti aiskrim, atau makanan/minuman yang memiliki suhu di bawh paras normal.


3. Lindungi Kulit Supaya Tidak Terdedah Pada Cuaca Sejuk

Pakai pakaian tebal dan selimut tebal untuk menghangatkan tubuh supaya tubuh tidak mengeluarkan histamin yang lebih banyak dan tubuh pun boleh berasa hangat.



Rawatan Allergik Secara Semulajadi

Tiada rawatan khusus untuk menghilangkan allergik yang anda hadapi. Ubat-ubatan yang dicadangkan hanya sekadar membantu menghentikan reaksi allergik yang sedang berlaku. Selebihnya, anda perlu kenal pasti pada makanan atau ubatan mana yang boleh mengundang allergik dan harus menjauhinya perkara-perkara tersebut. 

Antara rawatan allergik secara semulajadi yang boleh amalkan ialah melalui rawatan semulajadi yang lebih selamat, iaitu dengan meningkatkan sistem imun badan. 

1. Nutriferon 


Nutriferon sangat bagus untuk tingkat sistem imun tubuh. 

2. Vitamin C 



Vitamin C membantu tingkatkan sistem imun tubuh. Vitamin C bagus untuk allergik, resdung dan kegatalan.


3. HerbalBlend Cream


Menghilangkan kegatalan dan rasa miang. Herbal blend ini selamat tanpa steroid. 


Pengalaman Anak Menghidap Urticaria Kronik



Pada penghujung November 2016, anak saya sendiri yang kedua secara tiba-tiba mengalami gegata (urticaria) yang teruk. Saya dan suami tidak tahu apa puncanya kerana sebelum ini, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Ketika itu anak kami berusia hampir 2 tahun. Saya yang ketika itu langsung tiada pengalaman, menjadi panik dan langsung beberapa kali kami ke klinik untuk dapatkan rawatan doktor. Doktor memberikan lotion calamine untuk mengurangkan rasa miang dan gatal, kemudian memberikan antihistamine. Apabila makan ubat, gegata surut, tetapi keesokan harinya gegata naik kembali dan ianya berlarutan hingga 2 minggu. Kami dah cuba stopkan makanan-makanan yang menyumbang pada allergik seperti susu, kacang, telur namun tiada kesan. Habis semua carpet kami hantar ke dobi, risaukan anak kami alah dengan habuk. Namun gegata (urticaria) terus muncul setiap hari. 

Kerana risaukan keadaan anak kami, kami buat lawatan ke 2 orang pakar kulit kanak-kanak. Yang pertama, Dr Sabirah di Prince Court Medical Centre. Yang kedua, Dato Dr Maziah di KPJ Damansara. Kedua orang doktor ini mengesahkan anak kami kena urticaria. Mungkin hanya mild dan masih tidak kronik kerana masih tidak melebihi tempoh 3 bulan. Dr Maziah minta teruskan dengan antihistamine Zyrtec setiap hari. Alhamdulillah, selepas 3 minggu, gegata tidak datang lagi. Saya berasa sangat lega.

Namun pada hujung Januari 2017, gegata datang lagi. Dan kali ini setiap hari tanpa miss! Jika tidak makan ubat Zyrtec sahaja, gegata pasti akan muncul. Maka, bermulalah episod anak kami makan ubat antihistamine (Zyrtec) setiap hari hampir 2x sehari. Setiap kali cuba untuk stop, gegata pasti naik. Gegata naik lebih teruk apabila makan telur dan kekacang serta coklat. Habis bengkak semua mulut dan kepala juga membengkak. Pada ketika itu, hampir setiap minggu kami jumpa doktor kulit, Dr Gangaram di PCMC. Doktor nasihatkan untuk teruskan dengan Zyrtec mengikut dos tertentu. 

Sambil ikhtiar dengan Zyrtec, di penghujung Julai 2017, saya ikhtiar berikan nutriferon dan vitamin C chewable pada anak saya secara konsisten setiap hari. Selepas hampir 2-3 minggu, saya cuba hentikan Zyrtec. Ya, gegata tidak naik lagi selepas itu hingga hari ini selepas konsisten ambil nutriferon dan vitamin C terutamanya. Alhamdulillah. Doakan moga Allah terus berikan kesihatan yang baik pada anak saya. 

DAPATKAN VITAMIN ANDA HARI INI

Jom ikhtiar untuk bantu masalah allergik anda!

Dapatkan segera vitamin anda hari ini. Saya akan kongsikan cara makan paling tepat untuk anda supaya anda tidak lagi diserang allergik yang mengerikan. Jangan lupa hubungi saya seperti di bawah.


 Boleh buat belian terus secara online di sini:
urticaria

ATAU

HUBUNGI KAMI





                                            Penghantaran via POS ke seluruh Malaysia.


Call/Whatsapp/SMS : 013-5241628





0 comments:

Post a Comment

Like For More Info!