Kebanyakan pasangan langsung tidak mempertimbangkan peranan nutrisi, gizi ataupun vitamin untuk meningkatkan peluang wanita untuk hamil. Mereka beranggapan yang ubat-ubatan kimia adalah satu-satunya jalan untuk meningkatkan kesuburan mereka agar cepat hamil. Anggapan ini salah kerana, vitamin agar cepat hamil juga amat diperlukan untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh yang kemungkinan besar tidak lengkap diambil setiap hari. 


 vitamin agar cepat hamil


Ada sesetengah orang dapat hamil dengan mudah. Walaubagaimanapun, ada sesetengah orang memerlukan ikhtiar lebih lagi untuk hamil terutama daripada sudut penjagaan makanan, kawalan gaya hidup dan juga pengambilan vitamin yang membantu agar cepat hamil. Di sini, saya akan bincangkan lebih lagi vitamin yang diperlukan agar cepat hamil dan mengapa setiap vitamin penting untuk membantu kesuburan agar cepat hamil. Pengambilan vitamin adalah salah satu cara agar cepat hamil yang boleh diamalkan oleh setiap pasangan di luar sana. 

Vitamin Agar Cepat Hamil

Untuk Wanita

1. Vitamin C



Wanita yang ingin cepat hamil, memerlukan kandungan vitamin C yang cukup dalam tubuh. Ini kerana, vitamin C sangat membantu dalam pembentukan sel telur yang sihat. Salah satu faktor yang menyumbang kepada kemerosotan fungsi organ reproduksi wanita adalah kerana serangan radikal bebas yang berlaku terhadap sel. Serangan radikal bebas boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk daripada asap rokok, pencemaran alam sekitar, bahan kimia daripada makanan dan persekitaran. 

2. B-Complex



Vitamin ini diperlukan agar cepat hamil kerana ianya berfungsi untuk mengatur dan menyokong hormon reproduksi dan ia membantu menentukan kadar kesuburan bagi wanita. Risiko untuk berlaku keguguran juga dapat dikurangkan dengan pengambilan B-Complex. B Complex Shaklee ini mengandungi kandungan asid folik yang mana ianya penting dalam proses pembentukan janin untuk bantu elakkan spina bifida dan membantu perkembangan otak janin dengan baik. 


3. GLA Complex

GLA membantu menstabilkan haid dan kestabilan haid sangat penting, kerana isteri boleh menentukan waktu suburnya dan merancang kehamilan dengan mudah. Vitamin GLA ini membantu untuk menstabilkan hormin badan serta mencegah aktiviti sel yang abnormal. GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. 


Untuk Lelaki

1. Vitamin E

Vitamin E dapat mempertingkatkan kemampuan reproduktif suami. Kajian mendapati vitamin E mampu memulihkan kemmapuan reproduktif bagi suami. Orang lelaki yang mengambil 600-800IU vitamin E sehari mampu untuk meningkatkan jumlah sperma mereka. 

Terdapat kajian yang melibatkan 960 lelaki tidak subur yang menerima tambahan selenium dan vitamin E sekurang-kurangnya 100 hari. Hasil kajian mendapati:

1) 52%- meningkatkan mobiliti sperma dan morfologi.

2) 37% - kehamilan secara spontan - ini berlaku kepada isteri mereka.

3) 11% - tiada kuputusan-kemungkinan mereka mempunyai masalah lain.


2. CO-Q Health


CoQHealth mengandungi CoQ10 dan ia sangat mempengaruhi kesuburan lelaki. Kesuburan lelaki dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung pada CoQ10. Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Sperma yang baik ialah sperma yang mempunyai antioksidan yang tinggi.  Enzim CoQ10 dapat menghasilkan antioksidan yang kuat dan bermanfaat untuk kesuburan.

Kesemua vitamin ini mempunyai peranan yang khusus untuk memastikan suami mahupun isteri menerima nutrisi dan gizi yang secukupnya buat tubuh mereka, sekaligus meningkatkan peluang untuk mereka hamil. Dan setiap satu vitamin yang diperkenalkan di atas adalah selamat dan semulajadi, dan sudah tentu ianya berbeza dengan vitamin lain yang berada di pasaran. Jangan bertangguh lagi, dapatkan vitamin anda hari ini, untuk meningkatkan peluang untuk anda suami isteri agar cepat hamil.




DAPATKAN VITAMIN AGAR CEPAT HAMIL DI SINI!

    Buat pembelian secara online menggunakan credit/debit card.



ATAU

HUBUNGI KAMI



Klik image untuk terus whatapps

INTAN 013-5241628

atau

Bagi yang access blog ini melalui handphone, boleh terus klik di sini www.wasap.my/60135241628

Fb: Intan Farhana Sharifudin





0 comments:

Post a Comment

Like For More Info!