Showing posts with label Cara Hilangkan Stress. Show all posts
Showing posts with label Cara Hilangkan Stress. Show all posts
 tips tenangkan hati


Tips Tenangkan Hati- Alhamdulillah, artikel saya masuk majalah! Gembira dan bahagia kerana dapat memberi sesuatu kepada orang di luar sana. Sesungguhnya, ramai di luar sana yang mempunyai jiwa-jiwa yang sakit tenat. Walaupun badan nampak sihat, hati sedang mati. Jom kita korek tips tenangkan hati dari penulisan saya ini. Semoga bermanfaat!

Hari Yang Hairwire!


Hari minggu kali ini segalanya serabut dan kelam kelibut. Bangun pagi sahaja, terus kelam-kabut menguruskan anak-anak. Anak-anak pula luar biasa ragamnya hari ini. Si kakak sulung yang biasanya baik dan sopan, mengamuk tidak tentu pasal entah kenapa. Diperiksa suhu badan, semuanya normal. Sang adik yang juga selalu sahaja bermood baik, hari ini menangis sahaja. Dukung tidak kena, letak juga tidak kena. Kembung perut agaknya! Jadilah rumah ibarat seperti pesta nurseri dengan jeritan dan tangisan silih berganti. Hari minggu yang kebiasaannya dinikmati dengan selesa dan gembira, terpaksa dihabiskan dengan penuh sesak jiwa hingga ke malam. Assignment yang diberikan bos juga yang sepatutnya disiapkan segera, langsung tidak dapat disentuh. Buku yang dirancang untuk dihabiskan pada hujung minggu, juga langsung tidak dibuka. Ada sahaja halangannya! Hingga menjelang tengah malam, dengan harapan semua orang dah tidur, bolehlah membuat assignment dengan tenang, letrik pula putus! Makanya, laptop tidak dapat dibuka, diri pula terpaksa menanggung kepanasan ditambah gangguan dari sang nyamuk. ‘Hairwire’ nya hujung minggu kali ini!

Pernahkah anda merasakan seperti situasi ini?  Semuanya tidak kena dan jiwa terasa sempit. Saya teringat akan cerita 3 orang sahabat nabi yang tertinggal Perang Tabuk kerana begitu asyik memungut hasil kurma yang sedang masak ranum. Apabila telah selesai urusan mereka, bersiaplah mereka untuk ke Perang Tabuk, tetapi Rasulullah saw dan sahabat yang lain sudah balik dari perang. Akhirnya, mereka menjadi orang yang tertinggal! Allah dan RasulNya memerintahkan semua sahabat dan keluarga mereka untuk memulaukan mereka hinggalah mereka berasakan jiwa begitu sempit!

“dan terhadap 3 orang yang ditinggalkan. Hingga ketika bumi terasa sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah terasa sempit bagi mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari seksaan Allah, melainkan kepadaNya saja, kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang(Surah At-Taubah: 118).

Sempit dada dan jiwa! Itulah sunnatullah bagi orang beriman yang kadangkala larut dengan dunia. Allah akan menimpakan perasaan gundah dan menyusahkan kehidupannya. Tiada solusi lain daripada masalah ini, selain daripada bertaubat dan kembali kepada Allah!


Jom mencari ketenangan!

Jika kita menyedari hati kita sedang sakit saat ini, masa kita seakan-akan ditarik barokahnya oleh Allah, maka kembalilah kamu kepada Allah lewat membaca ayat-ayat cinta dari Allah. Bukalah kembali lembaran-lembaran Al-Quran yang sudah berhari-hari kita tinggalkan kerana kesibukan yang tidak pernah ada penghujungnya, tadaburlah dengan perlahan sambil memaknai motivasi cinta dari Allah. Moga-moga hati kita boleh hidup kembali dan cinta Allah kembali merajai diri kita, bukan cinta kepada manusia mahupun harta.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al-Quran maka ia adalah seperti rumah yang kosong.”   (HR At-Tirmidzi).


Menjadi tetamu Allah!

Carilah juga Allah lewat rintihan dan munajat kita kepada Allah melalui tahajud-tahajud kita. Jika sebelum ini, mudah sahaja kita bangun buat berdua-duaan dengan Allah, tetapi mengapa sekarang sangat liat? Sudah terjaga berkali-kali tetapi nampaknya tidur lebih terasa kenikmatannya. Seorang ulamak salafus soleh bernama Ibrahim Adham memberikan tips untuk bangun tahajud apabila ditanya oleh seseorang. Katanya, “ Janganlah engkau menentang Allah di siang hari, kelak Allah akan mengizinkan engkau hadir bertemu denganNya di malam hari. Pertemuan di malam hari adalah suatu penghormatan tertingi. Para pendosa tiada tempat di majlis pertemuan ini.
Hassan Al-Banna juga pernah berkata, ‘Jika kita tidak mampu untuk bangun tahajud pada malam hari, sesungguhnya rahmat Allah telah tertutup untuk kita disebabkan dosa yang telah kita lakukan pada hari sebelumnya”.


Jom hidupkan hati….

Kehidupan ini memang memerlukan hati yang hidup dengan sinaran iman dan dirajai dengan cinta Allah. Jika tidak, kita akan berasa lesu, hilang semangat, rasa berasa sempit jiwa dan raga. Kita sangat memerlukan Allah dalam kehidupan kita. Tidak dapat dibayangkan hidup sebagai seorang kafir ataupun ethis (tidak percayai Tuhan), mungkin itu sebab betapa ramai orang yang apabila berhadapan masalah yang menyempit jiwa, mereka tidak teragak-agak untuk membunuh diri kerana tiada lagi tempat bergantungan. Alhamdulillah, kita ada Allah!

Pesanan Imam al-Ghazali : "Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!".

Jom juga baca artikel tentang Cara Hilangkan Stress.












Cara Hilangkan Stress Mak-Mak?






Cara Hilangkan Stress Mak-Mak. Dengar tajuk ni macam kelakar sangat tapi begitulah hakikat seorang mak tu. Memang tidak terlepas daripada rasa stress. Tipulah kalau seorang mak tu relax, tenang dan bersahaja, tidak kiralah work from home mother atau mak bekerjaya yang kerja di luar. 

Mana tidaknya, pagi-pagi bangun dah penuh kepala nak buat apa. Menyediakan keperluan anak-anak dan suami, menghadap kerja rumah rumah yang tidak pernah habis, melayani kerenah dan ragam anak-anak lagi. Wah, memang haru-biru jadinya. Memang menuntut kesabaran dan kecekalan yang tinggi. Besar kan pengorbanan mak-mak kita kan. Yang dah jadi mak tahulah.

Badan yang penat, emosi yang huru-hara itulah membuatkan mak-mak mudah marah. Salah sikit, suami dan anak-anak semua kena marah. Mana taknya, badan dah letih menguruskan banyak perkara, akhirnya emosi burst juga akhirnya. Kasihan anak-anak! 

Tapi, ketahuilah mak-mak ni sayang sangat pada anak-anak. Lagi-lagi bila anak tidur, mulalah rasa sesal tak sudah. Haha. Tapi, apakan daya, mak-mak ni kalau dah stress memang tak boleh kawal emosi.

Itu belum lagi tekanan dari luar yang datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban di tempat kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.


Masing-masing ada cara tersendiri yang kita gemar lakukan untuk mengurangkan stress.




Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu.
InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:

1. Mengurangkan Stress Dengan Bercakap

Saya kalau stress memang akan cari kawan untuk bercakap. Kalau tiada kawan di sekeliling, suami lah yang selalu menjadi mangsa untuk saya cakap apa sahaja perkara yang sedih atau menggembirakan. Jadi, suami-suami di luar sana, sila fahami isteri anda yang memang akan banyak bercakap tu!

Perkara yang sangat melegakan stress saya ialah bila saya dapat bercakap depan khalayak umum. Contohnya, masa dalam usrah atau memberi apa-apa ceramah.


2. Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran

Terapi stress yang paling baik ialah memburu khusyuk semasa membaca Al-Quran. Silap-silap air mata pun boleh menitis masa baca Quran waktu sedang stress. 


3. Mengurangkan Stress Dengan Membaca Buku


Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan. Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.
Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.
Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.
Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini. Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.
Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi. Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.

Saya sendiri juga seorang penulis buku.


4. Mengurangkan Stress dengan Bersenam

Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.
Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.
Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.
Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.


5. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.
Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.
Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.
Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out. Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.
Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)
Bacaan lanjut mengenai tidur Qailullah boleh  dibaca di sini.


6. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga


mengurangkan stress
Mengurangkan stress dengan keluarga

Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.
Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.
Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.
Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang medamaikan.



7. Hilangkan Stress Dengan Bersiar-bersiar Dan Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur.

Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. Pasti Anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya. Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.
Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.

Terima kasih kerana membaca artikel Cara Hilangkan Stress Mak-Mak.


3 Supplemen Semulajadi Untuk Hilangkan Stress Mak-Mak


1. Omega Guard



Biasanya orang kaitkan Omega-3 (komponen asid lemak omega dlm Omega Guard) dgn perkembangan minda kanak2. Sebenarnya Omega Guard ni sgt banyak fungsi dia especially utk mak2 yg superbizi nih.

  • Meningkatkan fungsi GREY MATTER. Grey matter adalah komponen otak yg utama, yg berfungsi menghantar signal kepada saraf2 yg lain. Ia memainkan peranan dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN.


Jadi kalau asyik sedih2, amalkan Omega Guard ye!


2. Vitamin B-Complex



  • Asid panthethonic dalam B-Complex memainkan penting untuk melegakan stress. Vitamin B sering dirujuk sebagai vitamin anti stress. 
  • Vitamin B5 dalam B-Complex juga penting untuk membantu pengeluaran hormon yang berkaitan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenalin. Kajian menunjukkan vitamin B5 membantu memulihkan kelenjar adrenal dari stress.
  • Vitamin B6 berupaya mempengaruhi pengeluaran serotonin kimia otak. Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk hadapi stress.

3. ESP (Soy Energizing Protein)

ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino yang badan perlukan, yang mana badan tidak dapat hasilkannya dengan sendiri. Dalam banyak-banyak asid itu, ada 2 amino asid yang membantu stabilkan emosi terutama mak-mak ni kan...
  • THIAMIN membantu naikkan mood, memberikan tenaga, menjaga saraf ibu dan memberi tidur yang lena.
  •  RIBOFLAVIN membantu mengurangkan sakit kepala, migrain, hilangkan kebimbangan, keletihan dan tekanan. 
So lepas ni, mak-mak bolehlah amalkan set vitamin ini atau pilihlah mana-mana mengikut budget anda! Yang penting, mak-mak berusaha untuk jadi mak yang cool dan cergas sentiasa. Bukan untuk hilangkan stress saja, tapi juga untuk kesihatan mak-mak juga. Taknak muda-muda dah dapat tekanan darah tinggi ok!

Vitamin-vitamin ini juga sesuai untuk bantu hilangkan stress ibu hamil dan hilangkan stress ibu berpantang. 



JOM DAPATKAN VITAMIN ANTI STRESS INI






Klik Image Untuk Daftar



Like For More Info!